cerita lucu kaga sih!!!?

Posted: 24 October 2010 in cerita lucu
Tags:

Cerita Sikit Perihal Pertalian
Persahabatan Terhadap Tiga Orang Yang
Berlainan Bangsa, Iaitu Seorang Arab, Seorang
Afrika Dan Seorang India …
Mereka Ni Telah Sama-Sama Ingin Mengembara
Di Lautan. “Adventure La Sikit Brader” Kata Salah
Seorang Dari Tiga Orang Tu. Sampai Masa Dan
Ketikanya Mereka Pun Belayarlah Seperti Yang
Dihajatkan.
Setelah Sekian Lama Belayar, Menempuh Pelbagai
Ujian Dan Peperiksaan (Tak Termasuk UPSR &
PMR), Sehingga Suatu Ketika Mereka Telah
Menempuh Suatu Taufan Dan Ombak Bak Cerita
“ Deep Impact” Yang Kuat Sehingga Menyebabkan
Kapal Mereka Telah Terbelah Dua Lalu Tenggelam
Ala “Titanic”.
Tetapi Umur Mereka Bertiga Masih Panjang.
Mereka Telah Hanyut Dan Terdampar Di Sebuah
Pulau (Pulau Kozambo Agaknya, Tak Tau Pulak
Saya). Pulau Tu Pulak Tiada Berpenghuni
Melainkan Mereka Bertigalah Yang Menghuninya
Setelah Tersadai.
Hari Demi Hari, Minggu Demi Minggu, Bulan Demi
Bulan Hinggakan Tahun Demi Tahun Sampai Jadi
Belas Tahun Mereka Menginap Di Pulau Itu. Hidup
Aman Dan Damai Kata Orang, Saling
Bekerjasama. Mereka Ni Jadi Tersangatlah
Akrabnya.
Akhirnya (Belum Habis Lagi) Salah Seorang Dari
Mereka Terjumpa Sebuah Bekas (Tak Tau Lah
Saya Bekas Apa, Tapi Yang Pasti, Bukan Bekas
Ubat Nyamuk). Lalu Dia Pun Memanggil Dua Lagi
Kengkawannya.
Setelah Kata Sepakat Membawa Berkat, Mereka
Pun Membuka Bekas Tadi Tu. Amat Terkezutlah
Mereka Sebaik Sahaja Terbuka Sahaja Penutup
Bekas Tu, Keluarlah Asap Berbunga-Bunga (Tapi
Tak Bahaya Kerana Indeks Bacaan Belum Sampai
Tahap Bahaya). Setelah Terbatuk-Batuk Beberapa
Kali Dan Jerebu Pun Reda, Mereka Terperasan Ada
Penambahan Bilangan Dari Segi Penduduk.
Wujud Satu Jun Depan Mereka (Ala Brader, Jin
Le).
Mereka Bertiga Jadi Takut, Tapi Jin Tu Selamba Je,
Terkebil-Kebil. Belum Sempat Mereka Berbuat
Apa-Apa Lagi Jin Dah Berkata :
” Thank You, Thank You, Kerana You All Telah
Selamatkan I Dari Belenggu Belanga Ni”.
Sambung Lagi Jin Tu : ” Oleh Kerana You All Telah
Selamatkan Jiwa Dan Raga I, I Akan Tunaikan Apa
Sahaja Permintaan You All, Tetapi Seorang Akan
Dapat Satu Sahaja Permintaan Je Tau ”.
Mereka Bertiga Punye Le Gumbira Apabila
Mendengar Berita Terkini Hiburan Sensasi Yang
Disampaikan Oleh Jin Tu.
Sambung Jin Tu Lagi : “OK Boleh Mulakan
Permintaan Kamu Bertiga Sekarang”
“Baiklah” Kata Orang Pertama Iatiu Si Arab.
Dia Sambung ” Wahai Jin, Ana (Ana Tu
Bermaksud Saya) Telah Tersangat Lama Tinggal
Di Pulau Ini Dan Ana Tidak Dapat Menahan Rindu
Untuk Pulang Ke Kampung Halaman Ana, Boleh
Anta Tunaikan ”.
Kata Jin Tu “Boleh, No Problemo, Tapi Tak Nak Ke
Ucapkan Babai Ke Apa-Apa Ke, Kat Kawan Kau
Dua Orang Tu ”.
Si Arab Pun Berucap : “Wahai Sahabat Ana
Berdua Yang Mulia, Ana Akan Sentiasa Kenangkan
Kamu Dimana Jua Ana Berada, Semoga
Berjumpa Lagi ”.
Setelah Berjabat-Jabatan (Bersalam-Salaman),
Bersedih-Sedihan Maka Tiba-Tiba TUSSS! (Siap
Ada Asap Lagi) Tertunailah Permintaan Si Arab.
Tinggal Dua. Kemudian Tibalah Giliran Si Afrika
Membuat Hajatnya (Bukan Qado Hajat). Setelah
Terdiam Beberapa
Ketika Si Afrika Berkata : “Wahai Jin Tolonglah
Saya Kembalikan Saya Ke Pangkuan Keluarga
Saya, Mungkin Mereka Menyangkakan Bahawa
Saya Telah Mati, Saya Mahu Pulang, Saya Mahu
Pulang”
TUSSS! (Ada Asap Jugak) Tak Sampai Hati Jin Tu
Mendengarkannya Lebih Lama Lagi. Dan-Dan Si
Afrika Tu Hilang Dari Pandangan, Nak Ucap
Selamat Tinggal Kat Kawan Dia Seorang Lagi Tu
Pun Tak Sempat.
Tinggallah Si Mamat India Ni Sengsorang. Jin Tu
Pandang Dia, Dia Pandang Jin Tu.
Jin Tu Kata Kat Dia : “Kamu Tu Tunggu Apa Lagi,
Mintalah Apa Yang Kamu Hajati Supaya Aku Boleh
Tunaikan Permintaan Kamu Dan Selesaikan Janji
Aku Kat Kamu Bertiga. Aku Dah Tak Sabar Nak
Enjoy Ni ”.
Si India Tu Kata : “Ala Jin Rilek La Jin. Aku
Sebenarnya Masih Bersedih Kerana Kehilangan
Kekawanku Yang Sangat Sejati ”.
Lalu Dia Pun Berkata : “Mr. Jin Sekarang Kau
Tunaikanlah Permintaanku Yang Tak Seberapa
Ni ”.
Berkata Jin :”Katakanlah, Mintalah Nescaya Aku
Akan Tunaikan”.
Si India Tu Dengan Penuh Wisma Yakin Dan
Semangat Berkata Kepada Jin:
“Mr. Jin Aku Amat Merindui Kengkawan Aku, Oleh
Itu Aku Meminta Supaya Engkau Kembalikan
Semula Mereka Ke Pangkuan ku. Aku Rindukan
Mereka Berdua ”.
Jin Tu Pun Menunaikan Permintaan Si Mamat
India tu. TUSSS! (Asap Dia Banyak Sikit Sebab Ada
Dua Orang Sekali Jalan) Kembalilah Si Arab
Dengan Si Afrika Di Depan Si India Tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s